Kelas Softskill – Christmas Craft Idea

19 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran dan kreativiti peserta menghasilkan kraftangan bertemakan Krismas.

Dalam kelas ini, setiap peserta telah diberi 2 helai kertas berwarna iaitu merah dan hijau, pembaris, pensil, gunting, gam dan tali pendek. Peserta diminta untuk menggaris kertas berwarna, menggunting dan membahagikan kertas tersebut kepada rakan di sebelah iaitu 8 keping kertas merah dan 8 keping kertas hijau. Mereka kemudian mengelip kertas yang telah disusun berselang-seli di bahagian tengah.

Peserta lalu melipat kertas-kertas berwarna tersebut ke bahagian tengah dan mencantumkannya menggunakan gam untuk membentuk bulatan yang sempurna. Kertas yang telah siap dicantum kemudiannya diikat menggunakan tali pendek untuk digantung sebagai perhiasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali